PART 2 :TTC JOURNEY

 Assalamualaikum and hi.

Disclaimer, den nak bagitahu ni . Kucing dekat header blog ni memang dah sedia ada dekat template ni. Cantik lah pulak and aku malas nak tukar gambar. Sebab gambar yang dalam fon aku semua yang tak edit lagi. Okay tu je.

Siapa yang baca blog aku, mesti dia perasan entri ni dipublish (ada eh perkataan ni sukahati aku je haha) pada hari yang sama aku publish entri PART 1 : TTC JOURNEY . Haha. Ingatkan nak buat dalam satu entri tapi tak perasan pulak aku terbabas bila cerita pasal emosi. Kemahen panjang haa . And kesian reader nanti bukak blog ingat nak baca pasal step fertility test tapi rupanya hanya lontaran emosi aku yang tak berapa nak stabil haha. Ceh macam ada yang tengok je kan haha

Okay mohle kita start ye.

Kitorang pergi pada hari Jumaat yang lepas (20-11-2020) dekat Klinik Siti Sri Gombak. Korang boleh lah Google kalau berminat. Tak ramai orang pun masa kitorang pergi. Lokasinya dekat deretan kedai kedai so untuk parking tu, sedikit struggle sebab kena berebut dengan kereta lain yang tujuannya mungkin untuk makan di kedai sebelah.

So aku pilih Klinik Siti ni first sebab, customer service dia cepat. Sebelum aku terjah pergi, aku dah whatsapp staff dia 2 hari awal, so dia bagitahu harga semua sesiap , senang untuk aku decide. Second, harga dia affordable.

Ni harga dia , aku copy je lah dari whatsapp ye, senang .




So, based on gambar dekat atas, korang boleh tengok yang dia offer jugak service untuk male fertility. Complete, boleh detect masalah awal awal.

Korang sebelum pergi kenalah niat kita check bukan untuk cari salah pasangan, tapi untuk kita help each other, ini salah satu inisiatif untuk dapat baby. Semoga Allah pandang usaha ini dan jadikan kita parent yeay hehe. Kalau aku dah ada anak nanti, bila dia dah besar sikit, aku akan ceritakan betapa kelahiran dia sangat diimpikan oleh aku dan suami aku, dan ini adalah secebis usaha untuk aku dapatkan dia.

Staf dekat klinik tu, semua perempuan. So suami aku mungkin rasa awkward. Kot lah, aku pun tak tanya takut dia bertambah awkward haha. Selepas 10 minit pendaftaran, kitorang pun masuk bilik consultation.

Menurut Doktor cantik tu, untuk perempuan ada tiga step:

1. Scan rahim : nak tengok rahim kita ada cyst ke tak, ada telur ke tak (depends pada hari yang korang pergi)

2. Test darah : nak check paras hormon kita, adakah suasana rahim kita tu condusive untuk berlakunya penempelan / implantation pada dinding uterus kita. Darah diambil pada hari ke 2 period dan hari ke 21.

3. HSG : nak tengok secara detail keadaan dalam rahim kita, sama ada ada blockage dekat uterus kita yang menghalang sperm lelaki dari berjuang merebut seketul ovum yang terperangkap dalam penjara. Haa itulah kekdahnya. 

Tapi, based on bacaan aku, prosedur HSG ni menyakitkan . Risau pulak aku. Hopefully aku tak perlu lah nak HSG ni. Aku ni dahlah tak pernah lagi masuk wad dan buat operation. Aku takut sakit sebenarnya tapi demi mendapatkan zuriat ku gagahkan jua.

Untuk lelaki, satu je step dia: Semen Analysis.

Ujian air mani untuk nak tengok concentration air mani, count of sperm (banyak ke tidok tenteranya), movement of sperm (nak tengok tentera bergerak dengan laju bak halilintar atau lemah gemalai), dengan bentuk sperm (samada bentuk tentera tu sempurna sebagai lelaki gagah atau lelaki jadian). 

Tapi untuk sperm analysis ni, kita bayar dekat klinik Siti ni, tapi proses dibuat dkt IVF Metro Puchong/Klang. Ikutlah mana yang dekat dengan tempat korang. Nanti Dr bagi referal letter. Kita just pergi je goyang kaki. Result siap dalam 2 jam. Dr tu lah kata. Nanti kita tengok. Dr tu advice untuk tak bersama dalam 3 hari before pergi IVF tu supaya tak affect bacaan nanti. 

Aku macam alaa, ingat boleh buat semua 1 hari rupanya lama jugak ye. Step yang aku boleh buat satu je, scan rahim. Walaupun rahim aku kosong takde baby, aku masih excited. Yelah first time kan tengok rahim sendiri haha. Nak tahu jugak rupa bentuknya.

Sebelum buat tu, Dr akan tanya:

1. Cik suami merokok tak? 

SUAMI : Tak merokok, vape je.

Si Dr : Merokok ke vape sama je ye. (dalam hati aku, kan dah kena ceramah, aku berleter taknak dengar haa)

2. Tinggal bersama ke asing?

AKU : Bersama (aku tak tahu relevan ke tak soalan ni, maybe dia nak tahu kekerapan bersama tapi in a polite way)

3. Pernah mengandung or miscarriage?

AKU: Tak pernah .

4. Dah berapa lama kahwin?

AKU: Setahun 3 bulan. (dengan bulan bulan sekali aku sebut , nak tunjuk lah dah lama kami ni kahwin hahahaha)

5. Ada keputihan ke tak?

Etcetera etcetera.

Lepas tu terus proceed untuk scan rahim. Doktor sapukan gel dekat kawasan yg diyakini sebagai tempat rahim bersemadi . Sejuk je gel tu. Lepas tu Dr tekan dengan scanner lalu terpancar lah hasilnya dekat screen 2D. Masa tu aku sebak sangat, kecil je rahimnya, macam duit 50 sen. Dengan kasih sayang Allah, rahim yang kecil ni tempat berlindung untuk si bayi kecil. Kagum aku dengan ciptaan Allah. Sejuk aircond campur kesejukan gel buat aku tak tahan nak buang air. Kantoi pulak dengan Dr dekat screen tu haha. Dr usik aku, penuh ni bladder awak hahaha.

Mehlah payung sikit gambar rahim kita.



So, doktor cakap saiz rahim aku normal, dan takde cyst and fibroid. Lega aku, inilah benda yang aku takut. Tak pasal pasal nak kena operate. Lepas tu Dr bagitau yang rahim aku ni unik sikit. Ceh aku pun tersipu sipu sebab konon fefeeling special. Rupanya Dr bagitau rahim aku terbalik/ retroverted uterus. Aku macam down sikit. Aku terus tanya, sebab tu ke tak pregnant Dr? Dr cakap posisi rahim tak mempengaruhi kesuburan. Jangan percaya omongan orang orang lain. Gitew. Lega hati aku.

Kalau korang zoom sikit gambar tu, belah kiri bawah sikit, ada macam bulat bulat. Itulah follicle. Follicle ni lah akan membebaskan telur untuk disenyawakan. Makna kata, rahim aku tak tidur lah. Dia berkerja. Alhamdulillah.

Itu jelah untuk scan rahim. Next appointment is pada 29 November 2020 untuk check darah. Dua hari lepas birthday aku masa tu, hopefully dihadiahkan dengan bacaan hormon yg normal ahaks.

Okaylah, dalam tak sedar, terpanjanglah pulak entri ini. Nanti aku share step step lain pulak.
Siapa yang baca ni doakanlah aku dapat baby ye. Amin. Semoga yang baik baik berbalik pada korang juga.

Tapi kan, sejak aku tengok rahim aku, betapa sempurna penciptaan Allah, terus aku ubah lifestyle aku kepada hidup sihat. Sebagai tanda menghargai badan kita. Semoga Allah terus memberi kesihatan kepada diri ini untuk menempuh kehidupan yang penuh pancaroba ini ecewah amiiiinnn.

On a side note, aku terjumpa satu quote dekat group TTC-ian di Facebook. Ayatnya berbunyi begini,
'Jangan risau wanitaku sayang. Selagi ada rahim, selagi itulah peluang untuk kamu mempunyai zuriat sentiasa ada. Bersabar inshaAllah hari esok mungkin memihak pada kita.'

Aku tersenyum. Allah , Engkaulah sebaik baik perancang.

With love,Az, manusia yang tak baik tapi nak bercita cita nak jadi ibu. Peace.







Comments

Popular Posts