PART 1 : TTC JOURNEY

Assalamualaikum and hi.

Untuk pengetahuan korang, harini hari kedua aku cuba untuk tidak tidur lepas waktu Subuh. Okay aku tahu aku teruk haha tapi apa lagi nak buat kalau suami kau kerja and kau tiada apa apa lagi nak buat untuk hiburkan diri, tidurlah kan 😂. Awas, entri mungkin ada sedikit unsur 18SX. Please read with your own risk gittew mat saleh kata.

Umum mengetahui yang aku dah berkahwin selama 1 tahun 3 bulan. Dalam tempoh kitorang kahwin ni of course lah ramai kawan yang menempuh alam rumahtangga dan diorang pun dah selamat ada seketul baby yang comel. Dan aku masih kesepian tanpa suara baby. Well, kawan aku yang cakap nak merancang dulu pun dah dapat baby.

Orang kata, tempoh satu tahun ni masih tempoh honeymoon. Tapi, perempuan yang berkahwin, Allah akan titipkan satu perasaan nak jadi ibu, sebagai tanda sempurnanya wanita walaupun proses kelahiran itu menyakitkan. Aku rasa nak mengandung tu dari bulan pertama aku kahwin.Bahkan benda pertama yang aku beli masa kahwin is UPT test. Haa macam tu sekali aku nak pregnant. UPT test tu ada 10, aku tak tahu reliable ke tak UPT tu sebab murah kan, tapi sebab aku tak mengandung so aku percayalah yang UPT tu reliable.

Dan dah habis dah pun UPT test tu. Masa aku nak beli tu kan, pharmacist tu tanya, dah berapa hari lambat, aku tipu aku cakap seminggu. Sebab aku tahu, kalau 2-3 hari lambat period tu tak boleh dikira, sebab boleh jadi period lepas tu. Padahal realitinya, aku period baru lambat 2 hari. Tapi biasalah bila kau nak baby ni, semua tanda tanda pun kau akan jadikan tu tanda pregnant padahal nya tak 😂.

Lepas Subuh aku try sebab orang cakap air kencing yg pertama di pagi hening mengandungi hormon yang tinggi. Setiap kali test UPT tu setiap kali tulah menangis. Sebab semua satu jalur. Suami aku tak tahu aku menangis. Sedih tau. Sampailah satu masa aku dah malas nak peduli pasal anak.

Kadang kadang aku tanya jugak kawan aku diorang buat macam mana sampai jadi pregnant. Ada yang cakap buat tak sungguh sungguh pun tapi dapat. Aku rasa aku dah bersungguh dah tapi tetap tak dapat. Biasalah bila kau tak pregnant lagi, kau akan tercari cari mana salahnya, mana kurangnya kau. Tapi masa tu kerja di pejabat, so rasa sedih tu hilang digantikan dengan kesibukan di pejabat . 

Kadang kadang orang tanya aku bila nak lekat, bila nak ada baby, dan soalan yang sewaktu dengannya. Stress aku nyahhhhh. Yang tanya perempuan pulak tu, macam tak paham paham pulak bukan kerja aku nak buat baby ni. Semua rezeki Nya. Tapi aku jawab, nak merancang dulu. Nak cover. Dalam hati Tuhan je tahu.

Ada yang cakap, sebab aku cakap aku selalu merancang so Tuhan tak bagi aku mengandung. Double stress. Dari satu soalan bercambah jadi ceramah. Yang tanya tu pun tak kahwin lagi. Takkan aku nak cerita pergolakan emosi masa aku check UPT. Itulah pengalaman aku yang aku rasa antara yang pahit dalam hidup aku and aku nak lupakan, nak bawak jauh jauh. Tapi kome pulak yang memaksa aku untuk throwback . Tsk tsk. Kejamnya dunia tiada yang memahami cewah drama kau ye Az.

Eh tak sedar pulak kemahin panjang berjela just untuk menceritakan liku liku aku sepanjang bergelar isteri yang nak jadi ibu. Tapi ni blog aku, so please bare with me ye . Tak habis lagi ni.

Keadaan lebih diterukkan bila adik ipar aku pregnant aka UPT dua jalur. Aku rasa down sangat. Setiap hari lepas solat menangis. Tertanya tanya, mana kurangnya aku. Apa yang aku tak cukup untuk Allah pilih aku jadi seorang ibu. Mengadu dekat ibu aku, ibu aku cakap, kau ingat senang ke nak jaga babyyyyyyy? Aku senyap je. Aku mengadu kot kot dipujuk tapi nan hado haha. Ngadu dekat suami, suami bagi kata kata semangat tapi tenang sekejap je, lepas tu serabut. Kau imagine kau bakal jadi maklong, tapi kau takde baby lagi 😂 Laki aku cakap, rileks kita ada 5 bulan lagi untuk awak mengandung supaya anak kita sebaya dengan anak adik saya 😂😂 Suami aku ni optimis betul. Tapi tulah, yang hanya boleh pujuk diri sendiri, adalah diri sendiri.

So bermulalah pencarian aku untuk buat test kesuburan aku. Manalah tahu aku ni ada masalah, buat sejuta kali pun takde anak. Aku percaya Sains dan aku percaya pada Tuhan. So aku taknak being irrational and emotional , tak pertimbangkan fakta fakta. So, aku riki riki pasal LPPKN. Tapi macam tak banyak maklumat aku direct call. Call kali ke 13 baru dapat. Aku baru nak excited nak set appointment dah operator tu cakap appointment paling awal bulan 3 tahun depan. Eh kau lama bonar. 

Aku pun jadi down balik. Husband pun suggest untuk check swasta. Aku cari lagi , gali gali lagi mana yang dekat Batu Caves ni, eh ada and harga masih affordable. Yang penting boleh walk in. So aku pun terus senyum dan excited membilang hari untuk check kesuburan. Kalau ikut kegelojohan aku, masa tu jugak aku nak pergi, tapi malam tu nak sambut birthday FIL, so nanti nampak pelik pulak tetiba nak cancel last minute.

Dan, akhirnya, aku dengan suami pun pergi ke klinik dengan perasaan teruja .Eceh takdelah teruja sangat sebab bangun lambat pulak haha. Malam tu tak boleh tidur sebab nervous kot kot rahim aku ada masalah.

Okaylah, macam panjang sangat. Jumpa nanti di part 2 :TTC Journey.

With love,Az, manusia yang tak baik tapi nak cuba jadi ibu. Peace.






Comments

Popular Posts